Ahad, 25 September 2011

Tahun paling bersejarah

Konvokesyen Sarjana Kepengetuaan Universiti Malaya dan Komensmen Sijil NPQEL Institut Aminuddin Baki Genting Highland dalam tahun yang sama iaitu pada Tahun 2011. Konvokesyen Universiti Malaya pada 4 Oktober 2011 manakala Komensmen IAB ialah pada 22 Oktober 2011. Sekali seumur hidup terjadi dalam tahun yg sama dan bulan yg sama bakal menjadi sejarah dalam perkhidmatan.

Bersama gang-gang Cochrane dari kiri Nick, Yunos dan Moktar (tiada dalam gambar Vijay)



Khamis, 22 September 2011

Lawatan Akademik ke FRIM dan MARDI, KL


Bergambar bersama peserta rombongan ke Mardi, Serdang, Pusat Bioteknologi

Isnin, 4 Julai 2011

Reposting - penempatan sementara

Hari ini (4 Julai 2011) aku telah melaporkan diri di sekolah lama (SMK Palong Dua (f)) setelah 2 tahun ditinggalkan untuk mengikuti Kursus NPQEL (National Profesional Qualification for Educational Leaders) selama setahun dan Masters of Principalship di Universiti Malaya selama setahun juga. Tidak banyak perubahan yang kelihatan, semua Guru Penolong Kanan orang lama, Ketua Bidang dua orang baru, Pengetua pun orang baru Puan Tohara menggantikan Puan Saadiah bt Saad. Alhamdulillah kehadiran disambut baik dan positif tetapi ekspektasi terlalu tinggi..

Rabu, 18 Mei 2011

Aku telah selesai menamatkan pengajian di UM tahun 2011

Alhamdulillah penat jerih selama hampir setahun berbaloi apabila berjaya menamatkan kuliah dan peperiksaan akhir semester dengan jayanya. Walaupun pada peringkat awal, terfikir juga rasa menyesal dan menarik diri...tapi mengenangkan usia dan peluang mungkin datang sekali seumur hidup, kami pakat beramai-ramai teruskan jugak, bila lagi? Kalau bukan sekarang. Lagipun nak beri motivasi dan perangsang kepada anak-anak supaya menuntut ilmu itu sepanjang hayat, tiada had umur dan sempadannya.



Fahmi dapat tawaran ke asasi sains UiTM , Kampus Puncak Alam 2011

Akhirnya anak bujang kami yang retro ni dapat tawaran ke Kursus Asasi Sains UiTM di Puncak Alam, Selangor. Sebelum ni dia mendapat tawaran awal dari Kursus Matrikulasi Perak di Gopeng. Aduih...letih la nak pegi ke Gopeng tu, tapi syukurlah dapat di Puncak Alam ni dekat sikit, apa-apa hal senang nak melawat sambil singgah kat KL



Rabu, 2 Februari 2011

Percutian di Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson

Dalam kesibukan menyiapkan asingment untuk program sarjana di UM, sempat juga kami sekeluarga bercuti di Port Dickson, tetapi kali ini tidak di sertai semua, kami bertiga sahaja iaitu bersama Eisya dan maknya. Pertama kali mengunjungi tempat peranginan berkonsepkan apartment ini, saya begitu terkesima dengan kos dan layout dan interior apartment ini yang begitu kondusif seperti foto yang di sertakan dalam blog ini. Lihat lah..









Ahad, 26 Disember 2010

Berjalan ke KL semasa cuti sekolah

Semasa cuti sekolah dan cuti semester sempatlah berjalan sekitar KL bersama ahli keluarga. Seronok tetapi penat.

Majlis Graduasi dan Perpisahan pelajar tingkatan 5, sekolah Fahmi

Fahmiazuar Farhan, anak lelaki sulong kami telah menamatkan persekolahannya di SMK Seri Kenangan pada tahun 2010. Majlis graduasi dan perpisahan telah dilakukan pada 21 Dis. 2010 jam 9.00 malam

Sambutan Hari Jadi Eisya

Anak kami yang bongsu, Nurfasihah Batrisyia menyambut harijadinya yang ke-8 tahun pada 3 Disember 2010. Majlis ringkas dan sederhana cuma dihadiri beberapa orang sahaja kerana berlaku masalah komunikasi antara Batrisyia dan kawan sekelasnya.

Jumaat, 10 Disember 2010

Fahmiazuar ambil SPM 2010

Si ibu sempat menyuntik motivasi untuk anak bujangnya menjawab soalan peperiksaan SPM Tahun 2010. Fahmiazuar dalam aliran sains tulen merupakan antara pelajar harapan sekolahnya untuk melakarkan kecemerlangan dalam SPM 2010

Selasa, 30 November 2010

BERAKHRNYA SEMESTER 1 2010

Akhirnya semester 1 Institut Pengajian Kepengetuaan Universiti Malaya, Kampus Kota, Kuala Lumpur melabuhkan tirainya...., Kami akan bercuti mulai 1 Dis 2010 hingga 3 Januari 2011

Khamis, 11 November 2010

IRA dan perihal sekolahnya

Diam tak diam dah setahun Ira di SBPI Jempol

Dah nak habis setahun

Dalam kita sedari atau tidak, dah hampir setahun IRA bersekolah di SBPI Jempol. Pada mulanya risau jugak jika ia tak dapat menyesuaikan diri

Selasa, 9 November 2010

Menyambung pengajian peringkat Sarjana Kepengetuaan di Universiti Malaya

Foto ini di rakamkan di bahagian depan Blok C (Auditorium Besar) Institut Pengajian Kepengetuaan , Kampus Kota Universiti Malaya

Sabtu, 21 Ogos 2010

Meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam Sarjana Kepengetuaan

Bermula 2 Julai 2010 saya telah mengikuti program Sarjana Kepengetuaan (Master of Principalship) di Universiti Malaya
 Re-union K3 di Quality Hotel, Kuala Lumpur

Meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam Sarjana Kepengetuaan

Sebagai meningkatkan motivasi anak-anak untuk belajar, saya telah mengorak langkah menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti Malaya mulai 2 Julai 2010. Semoga langkah ini akan menyemarakkan semangat anak-anak dalam konsep keilmuan ke peringkat tertinggi.

Isnin, 19 April 2010

Fasa Khas NPQEL 2010 bermula....

IAB Cawangan Utara, Jitra
Program Khidmat Masyarakat di Kuala Nerang semasa di IAB Cawangan Utara, Jitra
Munsyi ICT

Selasa, 23 Mac 2010

Jumaat, 26 Februari 2010

Anak-anakku yang berjaya, Alhamdulillah....


Ini adalah photo puteriku tersayang bergambar di hadapan asrama Az Zahrah (SMKA Pedas) dan sekarang di SBP Integrasi Jempol.