Ahad, 15 November 2009
Alfatihah kepada Allahyarham ayahanda tercinta..
Pada tarikh 11.11.2009 bersamaan hari Rabu, berita kematian alahayarham ayahanda Mohd Latif telah dikhabarkan oleh bapa saudara isteriku...pada ketika kami sekeluarga sedang keluar minum di Pasir Besar lebihkurang Jam 8.30 malam.
Berita tentang kematiannya amat mengejutkan kerana sebelum ini tiada sebarang berita tentang sakit-sakit atau tanda tentang kematiannya. Rupanya allahyarham telah ditimpa kemalangan yang amat tragis dan mengejutkan masyarakat Felda Palong Satu. Menurut maklumat masyarakat setempat, sebelum kejadian, ayah sempat solat berjemaah di Masjid Kariah Felda Palong 1. Sesudah balik dari masjid, ayah bersiap-siap kekebun, membaja katanya. Waktu itu jam lebihkurang 7.30 pagi. Menurut cerita masyarakat disitu lagi, jalan yang dilalui ayah pada pagi tu bukan jalan yang biasa dilaluinya. Tetapi entah macam mana mungkin 'geruh' telah memanggilnya kerana kebetulan pada musim hujan ini jalan yang akan dilalui ini digenangi air sehingga ke paras dada......, Biasanya menurut mak, lebih kurang jam 11.30 ke 12.00 pagi ayah akan sampai kerumah. Tapi pada hari berkenaan, ayah tak balik-balik sehingga jam 1.00 tgh. Akhirnya apabila jam sudah ke pukul 2.00 ptg, gerakan secara besar-besaran mencarinya dikerah melibatkan seluruh blok, Jabatan Pertahanan Awam dan Bomba. Mayat arwah ditemui oleh beberapa pemuda yang menjaring disitu terbenam dalam air yang dipenuhi dengan lumpur bersama dengan motor dan baja seberat 50 kg sekali. Mayat arwah semasa di temui sudah tidak bernyawa dan kaku........
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan